7 July 2011
Pada 7 July 2011 bersamaan hari khamis, ada satu 'Ekplorasi Sejarah' dekat Sekolah Sultan Alam Shah. Masa dapat surat tu tak ada lahh terkejut sangat sebab fikir 'ala SAS je punn'. Cewahh, padahal suka je dapat pegi.Yang pegi cuma 4 orang wakil je. Aku , Amy , Nissa dan Afiqah. Pagi tuhh aku bangun awal dan pegi sekolah awal :) After assembly je, kita orang pegi. Naik kereta Pn Zunita. Beberapa minit kemudian, dah sampai. Bapak ramainye lelaki. Aduh, pening kepala aku. Dorang pakai baju T-Shirt ngan seluar biasa je. Kitaorang kene pkai baju sekolah.
Okay, time tu cikgu yang turun dulu nak daftar. Kitaorang tunggu je kat kereta. Nak dijadikan cerita, ada seoarang lelaki nie, jemput kitaorang siap bukak pintu kereta lagi ! *sumpah romantic gila nak mampus. Haha. Pastu, kitaorang terkejut, terus keluar dari kereta. Hmmmm, semua betulkan tudung. *Bengong. Lumrah manusia, biasalahh tuhh. Dia punn bawak lahh kitaorang masuk dewan. Masyallah, ingatkan ini macam program bengkel biasa-biasa je. Rupanya, dia tuhh leader group kitaorang. Mereka bertiga dan kami berempat. Duduk. Dan masing-masing malu. *Tak leh blaa la benda alah ni.Membisu je.haha.
Then, leader tuhh suruh perkenalkan diri. Start dari aku dulu. 'Nama saya Amira badzlin' *Nak guna saya awak jugak. Pastu, Amy. Nissa. Afiqah. Hmmm, Budak SAS pulak Hafiz , Azuan dan Amizul( leader). Pastu, tanya asal la pulak. Ishhh, skema betullah dorang nie. Lepas je majlis pembukaan, dorang start ajar kitaorang. Cara duduk tak payah ckp la kann? Biasalahh group. So, Amy ngan aku dapat Amizul. Nissa dapat Azuan dan Afiqah dapat Hafiz. 1:1 tuhh best. Tapi. 1:2 tak ada lahh malu sangat. Memang gempak lahh dorang. Pandai gila terangkan. Dah la sama umur. Pastu, boleh jadi fasi kitaorang. Die ajar bab 1 &2 dulu. Pastu, pegi makan. Amizul amikkan makanan. Makan satu meja. Lepas makan, sambung balik bab 3-4. Ya Allah, ada penilaian lahh pulak. Aku dah cuak dah. Rupanya, penilaian tuhh boleh berbincang. Huh, nasib baik lahh. Haiyoo~Buat lah, memang laju gila dorang buat. Pintar, pintar, pintar. Lepas penilaian, sambung balik, bab 5-8. Tapi, tak sempat habis sampai bab 8. Sebab masa memang dah suntuk gila. Actually, sampai kul 2.30 je. *Sekejap gila:( Dorang ckp la, "sorry, tak dapat abiskan bab" Hmm, tak pe lahh. Nanti jumpa lagi September nie. Dengar pulak ucapan pengetua dorang. Sumpah lawak gila lahh.~ Amik gambar dan balik. Byeee~
Malam tuhh asyik teringat je. Lagi-lagi Afiqah, siap mimpi lagi. Hussshhh, dahsyat (!) hehe. ape-ape punn memang program tuhh ada kebaikan buat kita. Mereka ajar buat nota ringkas, memang menarik dan senang faham. Thanks to Allah, sebab bagi kami peluang pegi sana.
mira! bende ni sejibik sama jadi kat kakak time from 3 dlu..fuh.. sejibik gila..time buka pintu tu.. diorang dah memang rancang la..! gedik budak sas..! nk tunjuk yang diorang romantik la tu.. x cair la.. haha
ReplyDelete